Wednesday, May 27, 2009

Rosli Dhoby..

aku baru tahu..coming soon kat astro citra,
akan ada 8 episod cherita rosli dhoby..

waktu aku tingkatan 4, drama team sekolah aku menang skrip terbaik d peringkat mrsm se-malaysia ntok tajuk yg sama..rosli dhoby..

aku x tgk lagi series tu tapi dari trailer, macam bez, berkisar dgn warkah terakhir yg rosli tulis masa dlm jail..

dulu, aku tidak berlakon dlm drama tu, aku buat research, dibantu bapak, memandangkan aku dari sibu, eheh dan byk jugak fakta dapat..tidaklah aku cakap aku tak suka dia berjuang, tapi dari satu sudut aku rasa mcam eh..dia di'palat'..mana pegi yg lain..dia sorg je berani..lagipun bunuh tu bukan cara yg terbaek kot..mengikut research aku..masa tu smua org anggap dia pembelot, menyusahkan keadaan..tapi sekarang..alhamdulillah..cerita dia jadi kisah dlm buku sejarah..pejuang kata org..

tapi..
tgkla macamana cerita tu kluar nanti..
ya lah..kita perlukan 'adiwira' , biarpun dongeng diubah x ikut fakta..
yang penting boleh inspire..
harap pengubahan dilakukan tu mengubah la sikit perjuangan tu..n jgn ubah sgt.. tunjukkan jugak moral supaya org tak bangga dgn apa dia buat..tapi kesian dgn nasib rosli dhoby..lgpun bunuh camtu je aku tak rasa itu cara yang islam..(bukan nak rasa alem k)

x sabar aku tggu channel baru astro itu..
astro memajukan industri kita..
mengangkat semula semangat malaysia boleh tu!
aku bangga jadi rakyat malaysia..
dan ingatlah aku dan semua supaya jangan terlalu bangga..nnt syok sendiri..kt kne blajar dr luar..bukan ikut dan tunduk saja saja, tapi belajar..

*oh ya ..aku baru tau..rupanya kuching ada sheraton four points..ahahha..ketinggalan nya aku

Saturday, May 23, 2009

kemas kemas..cepat kemas..da siap kemas bole lompat!

*ini yang nak aku tulis harini tadi..hampir terlupa sebab geram sgt dgn celcom harini..


salah satu dokumen penting(kad balik brmlm tym form 5..full kot..ahahha) dijumpai sewaktu pengemasan bilik yang tidak dihuni hampir 7 tahun semenjak aku tgktn 1 ;)



Semalam tgh malam,
bilik aku ku kuarantin..
bukan selsema babi..tapi banyak debu..
sebab...
harini, lepas jumaat, aku menyambung kerja..
kerja mengemas bilik aku yg boleh dikira stor la..
lelaki berkalung sorban...ahaha..syafiq punya 'kain sal' jadi mangsa to protect gua dr debu debunga

ariffman dilarang masuk! nanti bertambah sepah..ehehe
( dia masuk kejap tadi..muka seronok melampau.."wah banyaknya barang ntuk baling baling nih..woo..nak baling helicopter tu dulu lah..apa jadi eh kalau ia kene baling" kata arif(yg berinkuiri dan bereksperimen di tahap tinggi) dalam hati..)
kira kira baru 20 percent progress mengemas..target nak siap dlm cuti nih..
tempat kejadian..(terpaksa dikurang jelaskan..hehe)


petang pulak,
bukak kedai awal..ada org tapau 20 n nak awal..
lalu,
setelah siap menapau, muncul keinginan menangkap gambar langit yg indah..subhanallah..
dan seperti biasa, keinginan untuk ada skali dalm gmbr wujud..ahaha..so..ada la gmbr sendiri mahu aku upload..temasukla headerygsalahsizenxtaumcmnnakadjust


this happens when a photographer xde bantuan to shoot himself

shot self 

dan seperti hari hari lepas..meneruskan eksplorasi cahaya buatan dari alat pemancar kilat sb800..


so orange is the green spot

bapak

betapa cahaya buatan itu memberi kesan




haritu astro, harini celcom plak..dang!





mengecewakan..
sms x boleh..
call pon x leh..tu pun call number dlm srwk je boleh..
aku xpect after 12 da boleh..but
masih jugak x boleh..haish..
kesian cinderella..balik rumah tidur begitu saja..da jadi labu balik keta dia..x ketahuan dia yg kasut dia tertinggal..nak sms x leh..call xleh..mesti da jauh dia lari..ish.ish..ish..ada e-mail x cinderella?
haish..tekanan aku..
aku rasa balasan mungkin..
sebab aku slalu sangat kutuk maxis..dahla buat iklan bajet macam offer dia tu paling murah..padahal charge paling mahal bagi provider lain kot yg dia bagi tu..opss..stop..stop..nnt kne makin teruk kang..siksa..

*harap cinderella baca e-mail so dia bole tidur nyenyak ;)

Thursday, May 21, 2009

harini cerah! dan senjanya chantek!






oh ya..tgk nih--> search for ' the arrivals' kat youtube

ada lagi..lagu taylor swift-crazier cambez..ahahha..ada org x prcy aku suka taylor swift..hmmm

Wednesday, May 20, 2009

tumbuh..

hitamkan kopi ni?

mak jadi model mencoba flash 
panning yg x jadi sgt..x smpt kejar



tumbuh1
tadi, malam, pening, sangat sangat,
mak aku tolong picit kepala.
dia cakap
" ni mesti sebab rambut kau panjang ni..heh..sbab tu pening" -translated in bahasa malaysia.

tumbuh2
"tak la mak..ni..haritu tym sakit gigi pening camni gak..ni tumbuh gigi.." org sekeliling hairan..berapa umur kau? 
21..tapi sekarang ada 3 bijik gigi keluar ke permukaan gusi..hari ni gigi yg ketiga muncul..
lucu aku rasa..


ini tiada kaitan dgn tumbuh..sekadar catatan untuk ingatan..
dah beberapa minggu aku tolong mak aku kat kedai..baru sedar nama org jual satay berdekatan situ 'pelangi'..dan aku rasa kagum..wah..uniknya nama..

ok semua..mahu tidur aku..mahu bermimpi..pening ada sisa lagi..aku rasa esok 'Hari Yang Cerah'-mengejar laskar pelangi

Sunday, May 17, 2009

jangan lupa..



baru balik dari pasar..sibu jam harini...orang pun ramai..dari pukul 9-11.30 kat pasar..agak menensionkan..aku lupa..gawai sudah hampir..




haritu aku tulis untuk ingat..supaya tidak lupa
supaya tidak ulang salah sama..supaya kurang buat salah..supaya faham..supaya tidak bodoh

harini aku lupa.
haish..
ingat jangan lupa..
ingati diri dan semua..
kerna lupa melambatkan..
melambatkan proses..
Proses belajar dan byk lain proses..
lambat belajar, lambatlah faham..
lambat faham..lamalah bodoh..haish..
tapi xpe..
harini
diberi PERINGATAN..alhamdulillah
aku harus ingat..

Thursday, May 14, 2009

teringat..

haritu tgk tahu/tauhu/tofu/taufu/ dan pelbagai lagi nama yg wujud menerangkan serat soya yang lembut gebu itu, ingat nak ingat sesuatu..
harini baru teringat nak tulis supaya boleh ingat apa yg terfikir tu..

tengok tofu dalam air.
tofu= lembut, mudah pecah, kene bersih, x boleh terdedah, perlu air,
ya perlu air.
setelah siap dibuat, diletak dalam air..
untuk lindung tofu itu, segar tofu itu, tidak rosak tofu itu,

teringat aku masa aku janin dulu..
aku lembut, fragile, terlindung, perlu air.
cecair mengelilingi aku,
lindung aku, selesakan aku, memastikan aku segar,


berhati hati aku bawak tofu dalam bekas berair itu sebab takut pecah..

kesian ibu mengandung..

terima kasih mak!



* skarang aku masih tidak sabar tertunggu tunggu beg kertas misteri dari seberang.. 

Thursday, May 7, 2009

tiru

lagu viva la vida mmg best..buat rasa nak ketuk something bila dengar..
tapi aku slalu rasa lagu tu ada something..
tgk videoclip pon ada rasa something..
something yg berselindung..mesej mungkin..
tapi something yg aku tak sangka aku baru dapat tahu hari ini..
lepas joe satriani tuduh coldplay tiru..yusuf islam pon tgh consider nak saman ke tak..coz tiru lagu the foreigner suite dia..

notionku..
aku tidak faham sangat muzik..jadi ini hanya apa aku fikir la..tiru?
mmg ada sama bunyi..tapi diubah..ubah..
macamana nak buat bunyi baru yg tidak pernah org dgr..
kalau aku buat bunyi lagu negaraku tapi aku ubah lirik, ubah tempo, ubah ubah cara nyanyi..mmg akan kedengaran ada sama..tapi..
ada ke bunyi yg blom pnah org buat?
lagipun kesalahan kah kalau aku buat begitu..
macamana kalau aku cakap hasil kerja pelukis akan datang tiru aku coz guna warna sama yg aku prnah guna..hmm..macamana nak buat warna baru..mungkin boleh..tapi..tidak salah kan guna semula dan ubah..ntah..aku masih fikir dan kurang faham..kena bincang ini..